Make your own free website on Tripod.com
" Allah tidak akan menganiaya kamu walaupun sebesar zarah" (An-Nisa:40)
Home
Baca Kad Hari Guru
Tokoh Guru 2005
Guru Oh Guru
Sejarah hari Guru
Jasamu Dikenang
Logo & Lagu
Tema Hari Guru
Hantar Ucapan
AJK Hari Guru Sabah

 

Tokoh Kepimpinan Pendidikan 2005 Please download Java(tm).

BEKAS Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia 1978-1991, Tan Sri Datuk Wira Abdul Rahman Haji Arshad, 68, dipilih sebagai penerima Anugerah Khas Menteri Pelajaran (Tokoh Kepimpinan Pendidikan). Anugerah itu disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd, Najib Tun Abdul Razak di Stadium Tertutup Nilai, Negeri Sembilan pada 16 Mel lalu sempena Pelancaran Perayaan Hari Guru Ke 34, tahun 2005.

Tan Sri Abdul Rahman dilahirkan di Melaka pada 27 November 1936. Berkelulusan dari Universiti Malaya pada 1960, beliau memulakan kerjaya keguruannya di Kolej Melayu. Kuala Kangsar, Perak.Pada 1965, Tan Sri Abdul Rahman dilantik rnenjadi Timbalan Ketua Pegawai Pelajaran Pulau Pinang.Selepas itu beliau mengikuti kursus Diploma Pengurusan Pendidikan di Universiti of Reading, England.

 Beliau pernah dilantik menjadi Ketua Pegawai Pelajaran di Kelantan. Kecemenlangan perkhidmatannya di Kelantan menyebabkan Tan Sri Abdul Rahman dilantik Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia pada 1970. Setahun kemudian beliau dilantik menjadi Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan (EPRD). Pada usia 39 tahun, beliau dilantik Timbalan (1) Ketua Pengarah Pelajaran. Beliau seterusnya mencatat sejarah dilantik sebagal Ketua Pengaran Pelajaran Malaysia yang paling muda pada tahun1978.

Tan Sri Abdul Rahman turut berperanan mengasaskan sekolah berasrama penuh (SBP) dengan model pertama di Kelantan dan penubuhan pejabat pelajaran daerah.Beliau pernah diamanahkan menghasilkan laporan yang dikenali sebagai Laporan Abdul Rahman Arshad yang mengandungi 82 perakuan dan dikemukakan kepada kerajaan pada Ogos 1996.

 Beliau kini adalah Pengerusi Lembaga Pengarah serta ProCanselor Universiti Teknologi Mara ((UITM) dan berjaya memperolehi ijazah Doktor Falsafah (PhD) dan Universiti East London, pada tahun ini.

 Beliau mempunyai tiga orang anak, Adi Radian kini meneruskan kerjaya dalam bidang guaman di Johor manakala anak kedua, Ida Razifa bekerja di sebuah bank di Kuala Lumpur sementara anak ketiga, Ida Razila menguruskan butik miliknya, juga di Kuala Lumpur. Tan Sri Abdul Rahman kini menetap di Taman Saujana, Melaka bersama isterinya, Puan Sri Noor Hayati Mohamed.

 Sumbangan beliau yang amat bermakna kepada kaum guru ialah Laporan Abdul Rahman Arshad yang mengandungi 82 perakuan yang mencakupi empat kelompok iaitu Perkhidmatan dan Prospek kenaikan Pengkat, Beban Tugas Pengurusan, Pengajaran dan Pembelajaran, insentif dan Kebajikan serta kemudahan dan Prasana telah dikemukakan kepada kerajaan pada Ogos 1996.

 Berdasarkan sumbangan yang tidak ternilai, maka melayakkan beliau menerima Anugerah Khas Menteri Pelajaran untuk Tokoh Kepimpinan Pendidikan Tahun 2005.

 

 

Home | Baca Kad Hari Guru | Tokoh Guru 2005 | Guru Oh Guru | Sejarah hari Guru | Jasamu Dikenang | Logo & Lagu | Tema Hari Guru | Hantar Ucapan | AJK Hari Guru Sabah