Make your own free website on Tripod.com

 

"Allah granteth wisdom, to who Allah pleaseth; and he to whom wisdom.Is granted receiveth, indeed a benifit overflowing; but none will grasp the Message, but men of understanding"  ....(Al-Baqarah -269)
Home
Baca Kad Hari Guru
Tokoh Guru 2005
Guru Oh Guru
Sejarah hari Guru
Jasamu Dikenang
Logo & Lagu
Tema Hari Guru
Hantar Ucapan
AJK Hari Guru Sabah

Please download Java(tm).

 

 

   Hari Guru menjelma lagi dengan membawa sinar ceria kepada warga guru. Darah pendidik yang mengalir ditubuh pasti akan membuakkan inspirasi yang jitu, demi melihat anak bangsa berjaya menjulang ilmu. Mentari 16 Mei juga pasti tersenyum menjadi saksi guru mencurah ilmu tanpa jemu.

     Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan merupakan tema Hari Guru pada tahun ini.Selaras dengan hasrat Malaysia untuk mencapai matlamat wawasan 2020, Kementerian Pelajaran Malaysia berusaha untuk mengubahsuai sistem pendidikannya. Pengubahsuaian sistem pendidikan  ini menuntut perubahan dari segi budaya dan amalan yang sedang dipraktikkan di sekolah rendah dan menengah.

   KPM sentiasa prihatin tentang perkembangan teknologi dalam era ICT.Pelbagai perancangan telah diusahakan untuk melakukan  penambahbaikan kepada kurikulum sedia ada bagi menghasilkan guru bestari dan pedagogi bestari di sekolah (smart school  teacher dan smart pedagogy). Namun begitu, usaha ini memerlukan komitmen yang tinggi daripada warga guru. Tiada istilah jemu dan bosan sekiranya kita ingin melihat sistem Pembestarian Sekolah dilaksanakan dengan jayanya.

   Justeru itu kita hendaklah berasa bangga terhadap profesion keguruan dan mengembalikan rasa hormat masyarakat terhadapt golongan guru. Kita akan bertambah bangga sekiranya dapat melahirkan generasi masa hadapan yang betul-betul boleh mengangkat martabat Malaysia ke suatu tahap yang lebih Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.

Artikel Pendidikan...Sila klik untuk membaca

Tahukah Anda !.....

KPM telah menggariskan 4 agenda penting pada tahun 2006

1. Memperkasa sekolah kebangsaan.

2. Membangunkan sistem pendidikan

    bertaraf dunia.

3. Merapatkan jurang pendidikan,

    yang  merangkumi  jurang antara

    bandar dan luar bandar.

4. Memartabatkan profesion keguruan

PPKTutor UtusanLaman KementerianLaman RTM

Home | Baca Kad Hari Guru | Tokoh Guru 2005 | Guru Oh Guru | Sejarah hari Guru | Jasamu Dikenang | Logo & Lagu | Tema Hari Guru | Hantar Ucapan | AJK Hari Guru Sabah

 


Sebarang cadangan dan komen adalah dialu-alukan. Sila hubungi pengarang web pada email ikanbasung@yahoo.com

Makluman : Pengarang web tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan maklumat semasa

melayari web ini.

15/05/2006 03:25:33 AM +0800