Make your own free website on Tripod.com
"Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang yang menyeru Tuhannya dipagi dan senja hari dengan  mengharap keredhaan-Nya" (Al-Kahfi:28)
Home
Baca Kad Hari Guru
Tokoh Guru 2005
Guru Oh Guru
Sejarah hari Guru
Jasamu Dikenang
Logo & Lagu
Tema Hari Guru
Hantar Ucapan
AJK Hari Guru Sabah

 



WARNA MAKNA
Putih

Menunjukkan kesucian, kesempurnaan, dan keamanan.

Perak

Menunjukkan rakyat berbilang bangsa yang bersatu padu dan teguh.

Kuning Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan. Bulan dan bintang membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.
Merah Menunjukkan keteguhan semangat
Biru Menunjukkan Perpaduan dan Muhibbah.

Dari pusat lambang tersebut, muncullah buku yang memberi ilmu pengetahuan dalam segala lapangan bagi kepentingan negara yang aman dan makmur. Di hadapan buku didapati rekabentuk seorang murid yang sentiasa memerlukan pengajaran dan pendidikan daripada guru. Dua reka bentuk di antara murid dan buku, ialah guru perempuan dan lelaki berfikiran sama dalam segala lapangan tentang mata pelajaran dan kokurikulum. Mereka sentiasa menggalakkan murid-murid supaya meninggikan mutu pelajaran dan kegiatan kokurikulum mengikut prinsip-prinsip Ruku Negara. Dari bawah didapati satu garisan bulat yang tebal mengandungi slogan "HIDUP BERBAKTI". Ini menjadi sebuah tapak yang luas dan kukuh membuktikan perpaduan guru.

 

Lagu Rasmi Hari Guru Ikrar Hari Guru

GURU MALAYSIA
Lagu dan lirik oleh Hashim Ahmad

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putera puteri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetapkan kami tunaikan

 Klik untuk dengar lagu

 

Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami

Kami akan berbakti
Kepada masayarakat
Dan negara kami

Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prisip Rukun Negara
Pada setiap masa

 

 


Home | Baca Kad Hari Guru | Tokoh Guru 2005 | Guru Oh Guru | Sejarah hari Guru | Jasamu Dikenang | Logo & Lagu | Tema Hari Guru | Hantar Ucapan | AJK Hari Guru Sabah