Make your own free website on Tripod.com

Khidmat SMS Sekolah

Menu Utama
Artikel 1
Artikel 2
Artikel 3
Artikel 4
Artikel 5
Artikel 6
 

Peranan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sememangnya menyumbang dalam mempertingkatkan proses pembelajaran dengan mengenal pasti permasalahan yang akan dihadapi dengan menggunakan kos yang berpatutan. Atas dasar ini, MyPressto.Com Sdn Bhd, telah berjaya membangunkan perkhidmatan SMS Sekolah, iaitu sistem pengurusan interaktif yang dapat meningkatkan tahap pengintegrasian maklumat sekolah di antara murid, ibu bapa dan guru serta dapat mewujudkan perkhidmatan yang paling cepat, canggih dan mudah serta menjimatkan kos dan masa untuk mendapatkan informasi yang diperlukan. Perkhidmatan ini dibina untuk diaplikasikan di sekolah rendah dan sekolah menengah.

Dalam menyokong usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menangani masalah disiplin murid, MyPressto.Com Sdn Bhd telah mengambil pendekatan dengan membina gerbang berasaskan portal di mana guru boleh menghantar apa jua maklumat yang berkaitan dengan murid kepada ibu bapa melalui perkhidmatan pesanan ringkas (SMS).

Matlamat perkhidmatan ini dibangunkan adalah untuk mewujudkan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) secara menyeluruh dalam aspek pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Penggalakkan budaya teknologi ini turut memperkemas sistem pengurusan dan pentadbiran sekolah sejajar dengan matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia ke arah pembestarian sekolah.

Perkhidmatan SMS Sekolah ini adalah percuma dan mudah dikendalikan oleh pihak sekolah dan sekolah terbabit akan dihubungkan terus ke sistem rangkaian MyPressto.Com Sdn Bhd menggunakan talian Internet. Semua bentuk penyelenggaraan juga akan dilakukan oleh MyPressto.Com Sdn Bhd. Ibu bapa hanya perlu melanggan dengan bayaran RM3.00 sebulan.

Atas

     

 

This site was last updated 05/14/06