Make your own free website on Tripod.com
 
Menu Utama
Artikel 1
Artikel 2
Artikel 3
Artikel 4
Artikel 5
Artikel 6
 

Guru di Pusat Tuisyen Lebih Baik ?

Pendidik Bil14-05

 

BOLEH dikatakan bahawa tidak kurang daripada 50 peratus daripada pelajar-pelajar di kebanyakan sekolah mengikuti kelas tuisyen dan keadaan  menjadi satu perkara biasa dalam masyarakat kita pada hari ini, malahan kebanyakan guru sendiri menghantar anak-anak mereka ke pusat tuisyen untuk mengikuti subjek-­subjek tertentu. Berikut ialah respon yang dipetik daripada artikel ini;

 

PELAJAR 1

Saya tidak bersetuju. Guru-guru di pusat tuisyen juga guru yang mengajar di sekolah-sekolah seperti biasa. Ada juga guru di sekolah yang berkualiti tetapi dia mungkin terganggu dengan pelbagai aktiviti lain yang dijalankan di sekolah sehingga tidak dapat masuk ke kelas beberapa kali. Guru di pusat tuisyen tidak ada masalah gangguan tugas luar.

PELAJAR 2

Guru serupa sahaja. Cuma, jumlah bilangan pelajar di pusat tuisyen biasanya tidak ramai. Jadi, guru mungkin lebih mudah mengajar, misalnya guru tidak perlu memikirkan masalah kos untuk mencetak nota atau latihan untuk diedarkan kepada pelajar.

PELAJAR 3

Saya fikir guru di pusat tuisyen dengan guru di sekolah tidak ada bezanya, tetapi guru di pusat tuisyen jarang­-jarang berhadapan dengan masalah disiplin pelajar ketika dia mengajar.Para pelajar juga mudah memberikan tumpuan.

 PELAJAR 4

Saya berasa selesa belajar di pusat tuisyen kerana disediakan alat pendingin hawa di dalam setiap kelas.Jumlah pelajar pun tidak terlalu ramai dan guru-guru biasanya menggunakan atat pembesar suara sekiranya pelajar agak ramai. Kebanyakan pelajar yang pergi ke pusat tuisyen ingin belajar. Jarang-jarang kita dapat jumpa pelajar yang bermasalah di dalam kelas tuisyen Guru-gurunya sama saja saya rasa.

 PELAJAR 5

Sesetengah subjek di sekolah diajar oleh guru yang bukan pakar dalam bidangnya. Misalnya, guru Bahasa Inggeris (BI) memberitahu kami bahawa dia sebenamya guru Geografi tetapi dia terpaksa mengajar BI kerana guru BI tidak cukup di sekolah kami. Jadi, memang guru BI di pusat tuisyen lebih baik daripada guru itu.

PELAJAR 6

Saya rasa guru di pusat tuisyen lebih baik kerana dia tidak berleter atau bersyarah semasa mengajar. Dia kerap memberikan latihan. Kami tidak perlu mencatat nota kerana semuanya diberikan dalam bentuk kertas edaran. Kalau guru-guru di sekolah mengajar kami seperti itu, kami tidak perlu pergi ke pusat tuisyen.

 PELAJAR 7

Pada pendapat saya, guru di pusat tuisyen lebih baik kerana dia kerap melayan pelajar secara individu. Dia  juga membenarkan kami menelefonnya sekiranya ada apa-apa masalah. Guru kami di sekolah tidak begitu.

PELAJAR 8

Kebanyakan guru di pusat tuisyen merupakan guru pakar bidang atau guru yang menjadi pemeriksa kertas mata pelajaran yang diajarnya. Oleh itu, ketika dia mengajar, kami mudah faharn dan dia tidak mengajar apa-apa yang difikirkan tidak keluar dalam peperiksaan. Di sekolah, terdapat guru yang tidak meyakinkan kami dan segi ilmunya. Kadang-kadang guru itu melakukan kesilapan ketika mengajar tetapi kami tidak menegurya kerana kami menghormatinya.

 PELAJAR 9

Guru di sekolah saya ini memang sudah ok, tetapi saya ke pusat tuisyen untuk memaksa diri saya supaya belajar lebih masa. Sekiranya saya tinggal di rumah pada waktu petang, saya tidak akan mentelaah. Guru di pusat tuisyen tidak banyak bezanya daripada guru-guru di sekolah saya kecuali dia banyak memberikan latihan.

 PELAJAR 10

Guru-guru di sekolah saya kerap juga mcmberikan latihan tetapi lambat pula memulangkan buku latihan.Dia mengambit masa yang agak lama untuk menanda buku latihan.kami, mungkin kerana juinlah pelajarnya terlalu ramai. Guru di pusat tuisyen menanda kertas pada hari itu juga atau dia membawa pulang tugasan kami dan pasti akan siap bertanda pada minggu yang berikutnya. Pelajar di kelas tuisyen kami lebih kurang 25 orang sahaja. Pelajar di kelas kami di sekolah 46 orang.

Atas

 

     

 

This site was last updated 05/15/06