Make your own free website on Tripod.com
 
Menu Utama
Artikel 1
Artikel 2
Artikel 3
Artikel 4
Artikel 5
Artikel 6
 

Kurikulum Pembentuk Sahsiah

Pendidik Bil18-05

Salleh Long

PENCAPAIAN yang cemerlang dalam bidang kurikulum menjadi tujuan utama pelajar datang ke sekolah. Kecemerlangan dalam bidang ku-kurikulum juga diletakkan sebagai agenda paling penting bagi kebanyakan ibu bapa. Guru-guru pula akan mencipta dan menggunakan kaedah dan teknik pengajaran yang terbaik untuk membolehkan pelajar mereka menjawab soalan dengan baik, sekaligus merangkul markah yang banyak.

Ibu bapa yang sangat prihatin tentang hal ini berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan anak-anak mereka lulus semua mata pelajaran dengan cemerlang. Golongan yang mampu akan rnengundang guru khas ke rumah untuk memberikan kelas tuisyen kepada anak-anak mereka secara individu. Di samping itu, terdapat segelintir pelajar ibu bapa, dan guru sendiri yang terlalu mementingkan ‘A’ dalam peperiksaan hingga sanggup membelakangi peraturan dan undang-undang seperti meniru dalam peperiksaan, memecah masuk ke bilik simpanan kertas soalan, membocorkan soalan, dan sebagainya.

 

Secara umumnya, masyarakat kita pada hari ini ingin mengumpul ‘A ‘sebanyak yang mungkin dalam peperiksaan. Hal ini demikian kerana lebih banyak ‘A ‘ yang diperoleh maka lebih tinggi seseorang itu disanjung, dan yang lebih penting, lebih besar peluang untuk memiliki jawatan yang penting dan kedudukan yang tinggi dalam masyarakat. Dalam keghairahan ini terdapat kalangan ibu bapa yang tidak membenarkan anak-anak mereka mengikuti latihan sukan dan berpersatuan kerana menganggap aktiviti kokurikulum itu bukan sahaja tidak penting malah hanya akan menelan waktu anak-anak mereka yang ingin mengikuti kelas tuisyen atau membuat ulang kaji di rumah.

Sikap dan mentaliti masyarakat yang memisahkan kurikulum dengan kokurikulum seperti itu dengan sendirinya akan membantutkan usaha kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia untuk nelahirkan insan yang seimbang dan segi mental, fizikal, emosi, dan rohani. Sebaliknya, perbuatan dan tindakan itu akan menyumbang kepada kelahiran doktor yang cuai, peguam yang sombong, pegawai  mengamalkan rasuah, pekerja yang mementingkan diri sendiri, dan sebagainya. Hal ini demikian kerana kita tahu bahawa deretan ‘A’ dalam sijil akademik semata-mata tidak memberi jaminan bahawa seseorang itu akan menjadi warganegara yang bersopan, pandai memimpin orang-orang di bawahnya,dapat memahami perasaan orang lain, bertolak ansur, bertindak wajar ketika kecemasan, kreatjf menghormati orang tua, dan sebagainya.

Untuk mengimbangkan pencapaian dan segi fizikal, mental, emosi, dan rohani maka dipasangkan kurikulum itu dengan kokurikulum. Nilai-nilai yang diajarkan secara langsung atau tidak langsung dalam kurikulum itu perlu dibuktikan, ditunjukkan, dan diamalkan dalam kegiatan kokurikulum. Di samping menghilangkan kebosanan dan tekanan semasa belajar, aktiviti dalam kokurikulum akan melatih dan menguji mereka untuk menerapkan nilai-nilai kerjasama, saling menghormati, tidak mementingkan diri sendiri, bertanggungjawab, berdikari, cinta akan negara, prihatin terhadap penjagaan alam sekitar, dan sebagainya. Di samping itu, kegiatan kokurikulum juga turut menyemai bakat kepemimpinan seseorang sejak di bangku sekolah lagi terutamanya melalui kegiatan dalam unit beruniform. Bidang sukan dalam kokunikulum pula akan mengasah bakat yang ada dalam diri pelajar dan mungkin dapat mengurangkan teelalu ramai pelajar ulat buku yang berjaya tetapi lesu dan tidak bertenaga pula sebagai pekerja.

Atas

 

     

 

This site was last updated 05/15/06